Thursday 8 October 2009

PEJUANG ISLAMKAH KITA?

Salam ukhuwwah Fillah kepada semua,

Pada entri pertama sy, sy melihat tiada jawapan balas daripada Us Hairul ini menunjukkan dia hanya mengeluarkan penyataan-penyataan yang tiada berasas. Saya biarkan saja.

Kepada sahabat-sahabat, saya ingatkan supaya tidak menggunakan kata-kata yang tidak baik di dalam shutbox saya. Berbincanglah dan berilah pandangan yang baik. Inikah yang dikatakan seorang pejuang Islam?. Maaf saya katakan, jika inilah sikap dan peribadi yang kalian tonjolkan maka tidak layak kalian digelar Pejuang Agama Allah.

ISMA pada hari ini telah ditekan dengan begitu hebat bukan sahaja di dalam web-web blog, malahan di dalam Mesyuarat agung di beberapa BKAN baru-baru ini. Seolah-olah ingin menafikan satu gerakan Islam yang telah berada sekian lamanya di sini. Saya merasakan nikmat manisnya berjuang dalam menegakkan dan mengembalikan kekuatan gerakan Islam ini. Walaupun penuh dengan rintangan, tentangan dan kekangan daripada mahasiswa/wi yang belajar agama di sini. Sahabat-sahabatku inilah pejuangan yang kita sering inginkan dan impikan. Nah! lihatlah kalian, ia sedang terjadi sepertimana Nabi ditentang, begitu juga kita pada hari ini hal yang sama berlaku.

Kepada sahabat-sahabatku yang mengaku sebagai pejuang agama Allah, kalian bukanlah orang yang boleh menghukum sesuatu perkara dengan tidak ada dalil dan bukti terus saja menghukum. Tidak ada tabayun daripada sebelah pihak yang lain terus saja menghukum. Inikah sikap saudara/ri sekalian yang mengaku sebagai pejuang agama Allah?. Kalian menghamburkan kalam-kalam yang bersifat dangkal dan ianya tidak wajar dituturkan oleh merka-mereka yang bergelar pejuang agama Allah. Ingatlah dan takutkanlah Allah s.w.t, kalian telah mengguris hati dan perasaan sesama muslim. Berkata-kata tanpa ada bukti. Kalaulah ini sikap sebenar kalian, tidak layak untuk kalian bergelar pejuang Islam.

Kamu mengatakan kami yang memulakan perpecahan? kami yang memulakan permusuhan? kami ingin menarik ahli yang ramai? kami takut untuk berdepan? kami menggunakan tarbiyah yang salah? kami memaksa untuk mengikut kami?.... Inilah sikap kalian, hanya tahu menghujum tanpa bertanya terlebih dahulu, saya ingin bertanya adakah di Malaysia PAS dan ISMA bertelagah sehingga menimbulkan rasa benci dikalangan mereka? adakah Ahli ISMA di Malaysia tidak menyokong PAS? di sini PMRAM yang dikatakan agen pembangkang sungguh berlainan sekali sikapnya. Ahli-ahlinya ditabur supaya benci ISMA. Kalian sebenarnya menyemai benih perpecahan dan permusuhan.

Kami juga tidaklah ingin terlalu menarik ramai ahli, walaupun kami ada target dan sasaran tetapi bukanlah paksaan jalan kami. Apabila ada peluang dan diberi peluang, maka kami akan gunakan sebaiknya. Kalau kalian lihat di Malaysia sudah banyak sek-sek ISMA yang telah melahirkan ramai pejuang-pejuang Islam sebenar. Mereka inilah yang kami mahukan apabila tibanya di bumi Mesir ini bagi membantu perjuangan yang kami bawa ini. Kalianlah yang menyekat untuk berpisah dengan kami. Kalianlah yang menyekat tidak membenarkan kami berhubung dengan mereka. Sikap ini kalian sembunyikan agar adik-adik baru melihat kebaikan sahaja.

Untuk perkara-perkara lain saya tidak mahu terangkan secara detail kerana saya melihat apa yang saya tuliskan pada entri-entri lepas tidak diambil endah. Tiada tabayyun daripada mana-mana pihak untuk satu-satu isu. Biarlah moga-moga kalian tidaklah dijadikan sebagai orang yang ada telinga tetapi tidak dapat mendengar dengan baik, ada mata tetapi tidak dapat melihat dengan baik, ada hidung tetapi tidak dapat menghidu dengan baik, ada hati tetapi kotor kerana kata-kata dusta dan nista dari kalian. Bertaubatlah kalian semua sementara pintu taubat masih dibuka.

Kepada masulah saya, akak saya memohon maaf kerana tidak dapat menahan perasaan saya. Gerakan kita telah dicalar oleh mereka-mereka yang mengaku membawa pejuang agama Allah. Gerakan kita semakin dicemari dengan perkataan-perkataan yang sungguh biadap dari mereka. Adakah kita hanya mahu berdiam diri? membiarkan mereka menabur fitnah kepada kita?. Saya memohon maaf kepada akak. Biarlah hanya saya seorang sahaja yang menerima cercaan dari mereka. Saya sesekali tidak akan berundur walau selangkah. Inilah perjuangan kita yang sebenar, sanggup menghadapi apa jua rintangan dihadapan. Biarlah apa yang mereka ingin katakan, kita tetap teguh dengan pendirian kita.

Sekian. Salam Ukhuwwah dari saya.

No comments:

Post a Comment