Wednesday 7 October 2009

JANGAN PERBURUKKAN ISMA

Salam sejahtera.

Saya melihat ISMA sentiasa ditekan oleh pelbagai pihak terutamanya golongan yang taksub dengan persatuannya macam PMRAM. Itulah mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh kami semua dan merupakan ujian yang cukup kuat untuk kami hadapi.

Saya sangat kesal dengan salah seorang Penasihat PMRAM iaitu Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain yang sangat benci dan anti dengan kami. Apakah salah kami. Sedangkan kami membawa obor api perjuangan seperti ustaz juga. Cuma jalan kami amat berbeza dan berlainan. Tetapi hadaf dan tujuan kita adalah serupa. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mendirikan khalifah Islam di muka bumi Allah SWT ini.

Jalan kami adalah dengan jalan tarbiyyah yang lebih baik dan lebih terancang. Sekurang-kurangnya dengan kuat tarbiyyah yang ada pada kami memberi lebih banyak bantuan kemenangan daripada Ilahi. Sebab Salahuddin Al-Ayubi sendiri memeriksa khemah-khemah tentera melihat siapakah yang beribadat pada tengah malam. Ini adalah faktor besar kemenangan tentera Islam.

Kalau hendak harapkan PMRAM yang tarbiyyahnya tidak seberapa. Mana mungkin Tuhan akan memberi kemenangan kepada kita semua. Lagi satu yang menimbulkan kehairanan kami ialah kenapakah menuduh kami bersekongkol dengan Nadi UMNO. Padahal kami ada jalan kami sendiri. Kami tidak bersekongkol. Bukankah ahli Nadi UMNO juga orang Islam seperti kita? Sekurang-kurangnya kami berdakwah tidak seperti PMRAM yang kerjanya suka hentam orang sahaja.

Begitu juga dengan PAS boleh bekerjasama dengan DAP. DAP ini bukan orang Islam seperti kita. Ini Bagaimana pula? Lebih baik kita bersekongkol dengan orang Islam daripada PAS yang bersekongkol dengan orang bukan Islam.

Persoalan tentang adik-adik baru. Saya suka jelaskan di sini, sepertimana yang berlaku di rumah Terengganu. Untuk pengetahuan ustaz, Pegawai tidak pernah berjumpa dan bersua muka dengan mana-man pimpinan tertinggi kami bagi membincangkan untuk menguruskan adik-adik yang baru tiba. Pegawai terengganu telah memilih salah seorang daripada kalangan kami yang merupakan mahasiswi Yayasan Terengganu dan kebetulan dia adalah ahli ISMA. Adakah tindakan ini salah kami juga?.

Kemudian adakah bersalahan dengan hak asasi manusia. Apabila kami bawa adik-adik baru ke Sinai? Sedang mereka yang baru-baru ini boleh menimba pengalaman dan boleh melihat sejarah-sejarah dahulu untuk diambil iktibar. Takkanlah Ustaz Hairul Nizam yang kuat bertalaqi tidak tahu ini semua.

Untuk kes yang baru-baru ini di Mansurah, saya melihat apakah salah untuk kami ambil adik-adik baru. Sedangkan kami redhai bagi DPMM menguruskan pengambilan adik-adik baru di Mator tanpa berlaku apa-apa pertelagahan dari kedua-dua pihak. Kemudian kami berusaha untuk mengajak adik-adik yang kami telah target untuk ke rumah yang kami telah sediakan sendiri. Tetapi amat malang DPMM tidak mengizinkan atas alasan tiada kerjasama apa-apa dari pihak DPMM dan ISMA Mansurah sebelum ini.

Saya berharap agar Ustaz Hairul Nizam dan kawan-kawan Ustaz sila tabayun dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan melulu. Dakwah ini macam-macam caranya. Bukan apa yang PMRAM nampak sahaja. Setakat itu dahulu daripada saya. Moga kita berjumpa lagi di lain entri. Sekian.

4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam..kenape post comment sebelum ni telah diremove..
    penulisan ni dihantar ke ustaz hairul nizam untuk die jawab atau sekadar tulis di sini dan mengharapkan balasan ustaz hairul nizam tanpa meminta sendiri beliau menjawabnya..??
    lebuh bijak kalau saudari menjadikannya rasmi secara bertulis di antara ISMA dan PMRAM..
    kerana penulisan dan pandangan saudari rasanya tidak berbentuk peribadi kerana membahasakan diri sebagai "KAMI"..bermaksud ia mewakili@merujuk kepada semua ahli ISMA.

    ReplyDelete
  3. Kesian aku tengok fikrah tarbiyyah budak2 ISMA ni.. Mengaku bagus, syok sendiri betul~

    PAS b'sama dgn DAP atas dasar keadilan, BUKAN PRINSIP!

    ISMA Mesir & UMNO bersama atas dasar apa? Atas dasar m'jatuhkan PMRAMkah?

    ReplyDelete
  4. ape ni??
    PAS bersama DAP atas keadilan ape??
    Atas keadilan yang diperjuangkan DAP??
    demokrasi DAP??

    PAS nak bersatu dengan DAP yang terang2 tolak islam.

    Ingat!! ini bukan macam main catur.. kau kalah aku menang... bukan... tapi, inilah perjuangan islam yang difardhukan kepada kita.. yang diwariskan oleh baginda nabi muhammad.. Jadi, perjuangan islam mestilah berdasarkan Al-Quran dan assunnah serta sirah para salafussoleh sebagai gerak kerja..
    bukannya menggunakan nafsu..

    PAS bersama DAP = Islam bersama Kafer

    Isma mesir bersama Umno = Islam bersama islam

    Cube tengok... ape perbezaannya...
    jelas sekali!!...

    untuk yang belajar di mesir.. tentu tahu hukum ni..

    apa hukumnya bersubahat dengan kafir untuk menjatuhkan pemerintahan islam??

    kalu tak tahu.. boleh tanye alim ulama' kat sane... jange duk bijjok..
    maaf jika terkasar bahasa..

    ReplyDelete