Thursday 3 December 2009

USUL BKASM GAGAL

Setelah isu ISMA sepi buat seketika, beberapa individu telah mencetuskannya semula. Satu mesyuarat tergempar di bawah persatuan BKASM telah mempersetujui untuk tidak bekerjasama dengan JPMK pada majlis korban yang diadakan (BOIKOT).

Apa yang ingin saya nyatakan, beberapa pihak telah mengatakan bahawa, majlis korban ini adalah anjuran ISMA. Jelas lagi bersuluh, JPMK sebagai penganjur dan tidak ada kerjasama dengan ISMA ataupun N.UMNO. Saya berharap agar tidak ada yang mengaitkan program ini dengan ISMA. Walaupun kedapatan pelajar-pelajar ISMA, namun ia tidak boleh dikaitkan.

Program yang dianjurkan oleh JPMK ini saya kira sangat berjaya dengan keterlibatan pelajar perubatan yang begitu membanggakan. Saya rasa, sekiranya PMRAM mengadakan program ibadah korban jumlah seperti ini tidak mungkin tercapai.

Satu momokan buruk yang telah dilakukan oleh BKASM saya kira juga tidak tercapai. Saya cadangkan kepada BKASM supaya menarik balik hubungan secara rasmi dengan JPMK sebagai penaung bagi BKASM. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana seorang 'anak' tidak mahu membantu 'ayah'nya dalam memudahkan kerja yang dilakukan bahkan mengajak orang lain untuk sama-sama menyusahkan si 'ayah'. Ini derhaka namanya.

Untuk akhirnya, saya berharap kepada semua memahami bahawa ISMA adalah sebuah gerakan Islam yang menjamin keperibadian akhlak, rohani dan jasmani dicapai dengan baik. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian untuk cuba memahami ISMA dengan sebaiknya. Kebersamaan antum amat membanggakan kami. Mari bersama kami (ISMA). :)

4 comments:

  1. wowo
    ade post baru rupanya?
    jpmk beranak? taktau pun.

    Quote:
    Untuk akhirnya, saya berharap kepada semua memahami bahawa ISMA adalah sebuah gerakan Islam yang menjamin keperibadian akhlak, rohani dan jasmani dicapai dengan baik. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian untuk cuba memahami ISMA dengan sebaiknya. Kebersamaan antum amat membanggakan kami. Mari bersama kami (ISMA). :)


    wau. ske ayat last nih..
    jom klik.
    tgk antara ahli isma yang paling berakhlak
    Link

    ReplyDelete
  2. Berkatalah Aminuddin setiausaha agung ISMA:

    " Dan saya juga mencadangkan supaya PAS menukar namanya daripada PAS kepada PPK (Parti Pelbagai Kaum, kerana Islam bukan lagi perjuangannya tetapi kekuasaan yang ditanggih"

    dipetik dari: suaradarigunung.wordpress.com dibawah tajuk PAS gali kubur sendiri?

    Ahli2 ISMA boleh cakap apa sahaja tetapi yang benar ISMA adalah pemecah belah dan pencaci.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. maaf. awal2 ingat nak nasihatkan ukht dan semua,tp bile baca pos2 lama,rasanya tak guna. maaf ukht,bukan putus asa pada ukht,tapi....entahlah...

    beginilah...pendek cerita...bukan begini caranya///ukht kata PMRAM salah,tapi ukth sebut2 nama ISMA macam isma ni semua betul. Kalau PMRAM salah pun, ada ke tarbiyyah ajar balas balik? sabar je la kak....kalau di fitnah sabar...itu ajaran nabi. Nabi kena baling kat thoif x balas balik walau berdarah. Akhirnya selang bbrp tahun,masyarakat thoif masuk islam. dahla mereka2 yang ukht bengan sesangat no org islam,x payahla bergaduh....cukup la...saya pu sayang dan minat isma,walaupun bukan ahli ....kat mesia ni kawan abim jim pas saya pun ada. bahagia je kami. kang kami yang nak pergi mesir ni,nampak perpecahan je. elok2 saya ukhwah dengan mereka,pergi jadi gaduh2 sbb ukht dan yang lain2. cukuplah tuding jari...penat la...cara ukht ni salah....

    ReplyDelete