Thursday 3 December 2009

USUL BKASM GAGAL

Setelah isu ISMA sepi buat seketika, beberapa individu telah mencetuskannya semula. Satu mesyuarat tergempar di bawah persatuan BKASM telah mempersetujui untuk tidak bekerjasama dengan JPMK pada majlis korban yang diadakan (BOIKOT).

Apa yang ingin saya nyatakan, beberapa pihak telah mengatakan bahawa, majlis korban ini adalah anjuran ISMA. Jelas lagi bersuluh, JPMK sebagai penganjur dan tidak ada kerjasama dengan ISMA ataupun N.UMNO. Saya berharap agar tidak ada yang mengaitkan program ini dengan ISMA. Walaupun kedapatan pelajar-pelajar ISMA, namun ia tidak boleh dikaitkan.

Program yang dianjurkan oleh JPMK ini saya kira sangat berjaya dengan keterlibatan pelajar perubatan yang begitu membanggakan. Saya rasa, sekiranya PMRAM mengadakan program ibadah korban jumlah seperti ini tidak mungkin tercapai.

Satu momokan buruk yang telah dilakukan oleh BKASM saya kira juga tidak tercapai. Saya cadangkan kepada BKASM supaya menarik balik hubungan secara rasmi dengan JPMK sebagai penaung bagi BKASM. Saya tidak dapat gambarkan bagaimana seorang 'anak' tidak mahu membantu 'ayah'nya dalam memudahkan kerja yang dilakukan bahkan mengajak orang lain untuk sama-sama menyusahkan si 'ayah'. Ini derhaka namanya.

Untuk akhirnya, saya berharap kepada semua memahami bahawa ISMA adalah sebuah gerakan Islam yang menjamin keperibadian akhlak, rohani dan jasmani dicapai dengan baik. Saya menyeru kepada sahabat-sahabat sekalian untuk cuba memahami ISMA dengan sebaiknya. Kebersamaan antum amat membanggakan kami. Mari bersama kami (ISMA). :)