Sunday 25 October 2009

PMRAM Tidak Profesional

Baru-baru ini kita dimaklumkan bahawa PMRAM telah mengadakan satu majlis yang cukup baik iaitu Majlis Mendengar Pembacaan Kitab Sohih Bukhari. Cuma, apa yang saya lihat sikap PMRAM yang kurang profesional dalam melaksanakan majlis ini telah memcacatkan Majlis ini.

Pertamanya, PMRAM tidak membuka penyertaan kepada seluruh mahasiswa/wi di sini. Saya juga tidak ada kesempatan untuk bersama dengan para masyayeikh di dalam majlis tersebut. Penyertaan yang hanya kepada AHLI PMRAM akan menyebabkan mahasiswa/wi di sini memandang PMRAM melaksanakan sesuatu program dengan memilih bulu. Inikah persatuan kebajikan yang dilaung-laungkan? atau ia hanya sekadar laungan semata-mata?. ISMA sekali-kali tidak pernah menghalang mana-mana ahli luar untuk menyertai dan bersama dalam program-program kami.

Kedua, arahan daripada JPMK (Prof Madya Dr. Jamil) supaya majlis ini dibatalkan tidak diambil endah. Kenapa PMRAM berdegil mahu juga melaksanakannya. Saya lihat PMRAM tidak menyatakan bukti kukuh berkenaan surat daripada JPMK itu sendiri. Perkara yang tidak pasti tidak boleh kita jadikan hujah. JPMK yang saya lihat membatalkan program tersebut berdasarkan masa untuk konvokesyen terlalu hampir jadi apalah salahnya jika PMRAM menganjak sedikit tarikh pembacaan kutub sittah ini? kan itu lebih baik dan nampak teratur.

Ketiga, PMRAM cuba menimbulkan sikap perpecahan dikalangan mahasiswa di sini. Isu ini telah diwar-warkan sejak awal lagi. Menyalahkan JPMK dan menimbulkan rasa benci mahasiswa terhadap JPMK yang kita naungi bersama. Perkara ini tidak wajar bagi PMRAM selaku salah satu dari persatuan-persatuan mahasiswa di sini. JPMK kemungkinan ada tafsiran tersendiri, namun sikap mengapi-apikan ini menyebabkan apa yang JPMK buat semuanya salah.

Keempat, Isu ini saya kira selesai di akhir penutupan majlis ini. Namun, amat malang dan sedih apabila ia disambung lagi dengan majlis dialog yang sangat-sangat memalukan. Bagi mereka yang hadir pada majlis dialog tersebut akan merasakan sendiri bagaimana sentimen asabiah PMRAM ditimbulkan. Apa yang JPMK buat semuanya salah dan tidak betul.

Kelima, Saya juga dikabarkan isu ini juga telah dimaklumkan kepada para masyayeikh yang hadir pada majlis tersebut. Sehingga mereka merasa simpati kepada PMRAM. Saya fikir sekiranya PMRAM tidak cetuskan isu ini dan tidak menimbulkan sebarang kekecohan para masyayeikh ini tidak akan merasa susah bagi menyampaikan ilmu-ilmu mereka.

Kelima-lima isu ini dapat saya nyatakan. Saya ingatkan sekali lagi supaya jangan terlalu taksub dengan persatuan yang antum naungi tetapi taksublah dengan Allah dan Rasul. Jangan mengapi-apikan sesuatu yang tidak pasti sehingga benci dan dendam timbul dikalangan kebanyakan mahasiswa di sini. Saya hanya mewakili salah seorang dari ahli ISMA menyatakan rasa simpati dan sedih terhadap apa yang berlaku. Jadilah kita sebagai seorang manusia yang tidak hanya tahu menuding jari tentang apa yang mereka buat, tetapi jadilah seperti seorang manusia yang banyak melakukan perkara-perkara kebaikan dalam kerja-kerja amal islami itu sendiri.

12 comments:

  1. JPMK hakikatnya tak menghalang PMRAM nak buat majlis pembacaan kutub sittah di ACC, tapi JPMk halang juga sebab JPMk mendapat tahu PMRAM nak buat majlis konvo selepas itu.
    PMRAM menafikan sekeras2nya yang mereka tak buat majlis konvo itu, ini ada dalam kalam pemangku presiden di web rasmi mereka.
    hakikatnya mereka buat!, cume konvo mereka tak diwar2kan kerana penyertaan hanya lebih kurang 80 org berbanding konvo JPMK kelmarin yang penyertaan hampir 400 org.

    ReplyDelete
  2. Salam alayk.. saya tidak brsetuju dgn kenyataan saudari.. saya sendiri wlupn bkn ahli PMRAM brpeluang menyertai Program K6..

    ReplyDelete
  3. salam...maaf saudari,ana rasa kenyataan saudari ni kurang tepat,setahu ana pmram buka penyertaan kepada semua warga malaysia yang ada di mesir ni,cuma terpaksa diterhadkan kerana keadaan tempat yang tidak mampu untuk menampung kapasiti yang ramai,kerana tempat tersebut hanya mampu menampung sekitar 600 orang sahaja...ana harap saudari tarik balik kenyataan saudari ini...jangan disebabkan saudari,persatuan yang saudari bangga kan menjadi kebencian orang ramai di atas kenyataan saudari yang bercanggah dengan fakta dan hakikat sebenar...

    ReplyDelete
  4. berkaitan dengan surat yang dikirim oleh prof jamil kepada pihak syeikhul azhar...PMRAM telah menyatakan memiliki bukti,jika betul saudari mahukan bukti tersebut,maklumkan saja kepada PMRAM...bagi ana,mereka tidak akan berbohong dan sengaja mengada-adakan cerita yang mana surat tersebut memang ditulis oleh prof jamil...orang yang sentiasa bertalaqi dan hidup bersama masyaeikh-masyaeikh tidak akan berbohong hanya kerana kepentingan sendiri...melainkan mereka-mereka yang ada tujuan-tujuan tertentu yang sanggup menipu semata-mata untuk memastikan program mereka mendapat sambutan yang hangat...wal hal tidak lah semeriah mana...hinggakan sampai ke tahap memasak orang untuk pergi ke program tersebut...(ana tidak menjuruskan kepada sesiapa,sapa makan cili paham2 la)...

    jangan disebabkan persatuan saudari bernaung di bawah kedutaan,maka perkara-perkara yang batil saudari diam kan saja...malah menyokong tindakan tersebut...(ana tidak mahu sebut program apa)...kalau betul persatuan saudari melakukan amal ma'aruf nahi mungkar,buktikan...jika tidak tinggalkan atau bubarkan sahaja persatuan ISMA tersebut...masuk sahaja PMRAM...

    maaf jika ada mengguriskan hati saudari...wal hasil saudari fikirkan balik,betulkah tindakan persatuan yang saudari sayangi tu...

    satu fikrah satu amal,
    kita berukhuwah di bawah satu naungan,untuk islam kerana ALLAh...

    bukan berukhuwah di ISMA...

    ReplyDelete
  5. Inikah pejuang Islam ISMA? Menuduh tanpa bukti, mebuat tohmahan tanpa bertanya kepada mangsa sebenar(PMRAM). Bersekongkol dengan kumpulan ke-5 (semak hadith Rasulullah S.A.W "Kun 'aliman au muta'alliman au mustami'an au muhibban wala takun KHOMISAN!!!)

    Sama-samalah kita muhasabah, masing-masing nak tegakkan Islam. Saya kesal dengan ISMA MESIR. Saya sangat kecewa dengan ISMA MESIR.

    وَمَن يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

    “Dan barangsiapa yang mengerjakan kesalahan atau dosa, kemudian dituduhkannya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya ia telah berbuat satu kebohongan dan dosa yang nyata” – surah an Nisa’: 112, al Quranul Karim.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum,
    betulkan ukht benar-benar taksub kepada Allah dan Rasul? Firman Allah SWT yang bermaksud : fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Tarik balik kenyataan uhkt. Aibbbb...aibbb keda!!

    ReplyDelete
  7. menjawab kembali :
    pertama : PMRAM membuka penyertaan kepada semua. mungkin saudara tidak namapak iklan tersebut. biasala ISMA kan hanya reti main bola dan usrah sahaja, pogram bersama masyaikh tidak pernah wat, mesti kurang minat...iklan kutub sittah ada di merata2 tempat bahkan tidak pernah tulis dikhususkan kepada ahli PMRAM sahaja.

    pogram ilmu ini merupakan perkara yg baik kerana ilmu itu nur dan tidak akan masuk ke dalam maksiat. إثم pula bermaksud dosa. mana mungkin ilmu yang suci akan memasuki ruang dosa atau maksiat. barangkali sebab itu saudara x berkesempatan masuk.

    kedua : tidak ada pula prof jamil menyatakan pogram PMRAM tersebut terlampau dekat dengan konvo safarah yang menyebabkan akan mengganggukan konvo safarah. hakikatnya JPMK membatalkan kerana mendakwa PMRAM wat konvo bahkan menFITNAH PMRAM sebagai parti pembangkang kerajaan. mungkin saudara main teka je, harap berhujah dengan benar. bahkan berkenaan konvo, PMRAM sudah menjelas banyak kali sejak awal tahun, namun mereka tetap tidak percaya. harap jangan terikut dengan perngai orang kuffar yang mana mereka samada diberi peringatan atau tidak mereka tetap tidak mahu percaya! - surah Al-Baqarah : ayat 6

    ketiga : maap dikatakan, PMRAM sebagai penaung utama di Mesir tidak pernah mengajar ahli-ahli bencikan JPMK atau mana2 pihak. PMRAM hanya mengajar bencikan maksiat dan batil. maka sekiranya saudara terasa dibenci maka mungkin saudara ada wat perkara batil dan maksiat. cepat2 bertobat.

    isu perpecahan bukan disalahkan atas PMRAM kerana sejak 1930 sehingga sebelum ISMA muncul di mesir semua ahli bersatu di bawah PMRAM, maka apabila ada Isma barulah adalah kami PMRAM. kami ISMA. sebelum wujudnya ISMA, ahli hanya mengatakan kami PMRAM. so, kewujudan ISMA 2 membuktikan perpecahan wujud bersama kemwujudan ISMA.ingtkanlah firman Allah pada surah Ali-Imram juzuk ke-4 m/s yg ke-2 ; janganlah kamu menjadi seperti golongan kuffar yang mana mereke berpecah belah dan berselisih selepas datangnya kepada mereka keterangan yang nyata..

    so, buburkan ISMA, kembali bersatu di bawah PMRAM.

    keempat : hutang tetap hutang walaupun pmram sudah abes. jpmk berjanji akan menunaikan 3 tuntutan, namun selepas abes pogram satu tuntutan tidak ditunaikan. maka ini adalah hutang. hutang walaupun seorang yang mati wajib dibayar walaupun orang yang berhutang tersebut telah meninggal sehingga dimaafkan. maka 3 tuntutan tadi merupakan hutang, dan x salah menuntut hutang, dan sememangnya majlis dialog hanya untuk jpmk langsaikan hutang. dah la hutang, x nak bayar, orang paksa bayar kata x sopan plak...pelik perangai...

    akhirnya, saudara masih belum layak bercakap mengenai taasub. tiada istilah taasub pada pmram, cuma yang ada berpegang teguh kepada kebenaran. dan PMRAM sebagai wahdah yang benar, maka ahli akan berpegang teguh padanya. x kanlah dah tau pmram berada di pihak benar, maka x nak berpeguh teguh padanya, x kan nak berpegang teguh pada kebatilan....

    untuk saudari yang menyokong ISMA, sememang pmram x wat konvo masakan tidak pmram pada awal2 sesi sudah war2 kan? dan sememangnya jubah tersebut dikenali di kalangan azhari sebagai jubah konvo. dan itu namanya, x perlu ditukar. dan dalam pogram itu , hanya sijil penyertaan yang disertakan sahaja bukannya sijil akademik. dan banyak lagi ia tidak boleh dikira sebagai konvokesyen...atau saudari faham konvo itu apa sebenarnya??sila tanya mereka yang pakar dari sudut bahasa dan protokol...

    ReplyDelete
  8. Adeh. Ade lagi makhluk spesis terakhir pewaris EZO EGYPT macam ni. Main sebat je posting dalam blog. Wahai serikandi ISLAM, Ke I.S.M.A? Jangan malukan diri dengan posting benda yang bukan F.A.K.T.A. (FAKTA) ye cik serikandi. ALLAHUMASTUR 'UYUBANA YA RABB!!

    ReplyDelete
  9. Salam kpd tuan blog. Aku Peng, bdak medic alex.
    Salman Farisi kenal aku, bekas ahli usrah isma mesir dlu.

    Tak payah layan geng2 PMRAM ni.
    Semalam aku sembang dgn pegawai kedutaan utk nilai sumber dr dua2 belah pihak.
    Pagi td Dr Jamil call utk bincang ttg program bulan 12 ni, alang2 tanyela sket2 psl kutub sittah.

    Aku nak kate ape lagi?
    PMRAM mmg suke buat fitnah,
    nak org ikut die,
    anti giler babi kt wahabi.

    Dorg je betol.
    Org laen salah.

    So kesimpulannya, tak payah layan.

    Kalo ade mane2 yg komen atas ni nak gado ngan aku, kontek aku syiha_baik@yahoo.com

    Aku available, rumble or table.
    tq

    ReplyDelete
  10. WOII..........!!!!!!!!!! INI KE AHLI USRAH ISMA MESIR? ID PUN DAH ISM DAH...DASAR TARBIYAH ISMA LA NI...

    ReplyDelete
  11. salam.ukhti fillah.apa khabar?moga sihat hendakNya.ukhti,tak elok kita buat macam ni.kita ni kan sama-sama Islam.ada lagi isu besar yang perlu kita fikir di luar sana.isu umat.org mu'min itu kan bersaudara.adakah kita belum menggapai seorang mu'min kerana itu kita masih mengutuk sesama sendiri?berlapang dada itu kan selemah-lemah iman.muhasabah untuk diri ana juga.bagaimana dengan ukhti?berlapang dada selemah-lemah iman. ^-^

    ReplyDelete
  12. puteri isma:

    kenyataan pertama dah salah: sebb kawan aku yg tak sertai pmram pun turut serta dlm program ni,,

    klu pertma dh salah aku ihtimalkan ko tulis bkn atas dasar fact but nafsu semata-mata,,,sifat manusia bila dh tak suka begini la caranya,,,sentiasa menghentam org tanpa usul pekse,,,

    aku ramai kwan org isma,,,n aku lihat puteri isma ni tak sama macam dorg,,,mungkin kwn isma aku jenis yg baik2 kot,,sebb aku kwn ngn ust firdaus sallehudin n seangkatan dgn nya,,,tapi layak ke puteri isma duduk dlm isma sedangkan perangai puteri isma tak sama macam fikrah isma,,,

    n lagi situ sepertimana yg aku tahu isma adalah satu persatuan yg ada kredibiliti dari segi ahli,,ahli isma sume educated,,tak macam pmram sume jenis org ada,,,tak kira die educated ke tak,,,tapi puteri isma ni mungkin org yg terkeluar dari kalangan educated kot,,,sebb tu la merapu tak tentu pasal,,,muhasabah bersama,,,

    aku pun belum daftar ngn pmram..tapi aku byk ikut program dorg,,kdg2 bleh jd adhoce program lagi tu..dan disini sapa yg pilih bulu,,,

    minta maaf puteri isma...aku ni bukan org yg terbaik berckp dr sudut pimpinan,,tapi masih belajar,,sebb aku bukan la org yg educated,,aku bdk baru belajr...

    salam ukhwah dari ana azuan...

    ReplyDelete