Sunday 15 November 2009

'SUARA' Dan 'DESAK' Agenda PMRAM

Jawatankuasa yang telah ditubuhkan baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi dikalangan mahasiswa/wi di bumi Mesir ini. Bagi saya ia satu agenda tersembunyi yang berada di belakang PMRAM bagi menguatkan survival mereka di sini.

Gerakan Suara Rakyat (SUARA) telah ditubuhkan dan beberapa aktiviti telah dijalankan. Saya melihat mereka telah mengembar-gemburkan berkenaan PMRAM sebagai satu wadah persatuan terbaik untuk dinaungi. Apakah ini tidak membuktikan bahawa SUARA adalah PMRAM?. Lihat saja ad-hoc pelaksana yang bertungkus lumus menjayakan SUARA. Kesemua mereka adalah daripada "orang PMRAM". Pelbagai lagi bukti yang kita dapat lihat sebenarnya agenda SUARA adalah salah satu dari agenda PMRAM bagi menarik ahli yang taksub dengan politik pembangkang.
Dengan adanya SUARA akan menyebabkan mahasiswa/wi malah beberapa pegawai-pegawai negeri memberi respon yang baik untuk mendengar dan menghadiri setiap program ini. Saya juga bertanya kepada sahabat-sahabat ISMA saya yang lain, mereka juga mengiakan hal ini. Malah mereka katakan ada baiknya SUARA ini diwujudkan tetapi biarlah bersikap adil dalam melontarkan pandangan dan pendapat. Tidak hanya mengatakan PMRAM sebagai persatuan utama di sini sedangkan kita ada ISMA, ABIM, dan JIM dalam sama-sama membantu PAS di Malaysia.

Satu lagi jawatankuasa khas yang PMRAM tubuhkan, DESAK. Hari ini DESAK telah turun ke setiap muhafazah setelah mengadakan road-show di kaherah. Usaha yang diadakan ini saya lihat, sebagai satu cara bagi memburuk-burukkan JPMK sahaja. Pihak DESAK sendiri telah menyatakan bahawa mereka telah berjumpa dengan pihak JPMK lebih dari sekali. Apakah tidak ada jalan penyelesaian lagi?. Saya yakin Prof Dr Jamil akan bertindak profesional dalam menjawab setiap soalan yang dikemukan oleh DESAK. Namun, amat malang sekali pihak DESAK seolah-olah menyembunyikan setiap perincian jawapan daripada Prof. Jamil. Apa pun, saya mengharapkan agar jawatankuasa ini dapat menghentikan daripada menimbulkan pelbagai perasaan benci terhadap JPMK. Hubungan antara mahasiswa/wi dengan JPMK di sini harus diredakan.

Bagi kedua-dua jawatankuasa ini saya berharap agar dapat dihentikan dengan sesegera mungkin oleh pihak PMRAM. Jangan timbulkan kekeruhan dikalangan mahasiswa/wi di sini. Saya dan beberapa sahabat saya dari ISMA bersetuju sekiranya kedua-dua jawatankuasa ini dilakukan dan dijalankan dengan penuh harmoni dan tenteram tanpa menimbulkan spekulasi daripada mana-mana pihak.

5 comments:

  1. Setuju sangat!!! Betul...kedua2nya adalah sayap kanan PMRAM...

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat la ustaz faizal.
    Mase DSAI jawab soalan yg ustaz kemukakan,
    ustaz g sembang ngan arab kt belakang.
    sampai bila melayu nak maju ade orang macam ustaz?
    jaga akhlak ustaz sbg plajar pengajian islam.
    malu sket kt adik2 perubatan nengok ustaz macam tu.
    tiadakah skelumitpun perasaan malu ataupun segan?
    kalau tak malu kat member2 pun, malu kat Allah dan Malaikat.

    Baca Quran.
    Baca Quran.
    Baca Quran.

    apekah?

    ReplyDelete
  3. pastu, untuk penulis blog yang kecut.
    ramai yg tolong,sbb komuniti kat sana pmram.
    korang nak jd ghuraba' la konon?
    program orang lain ko kutuk.
    program isma ko sanjung ke langit.
    heh.
    isma konon.

    ReplyDelete
  4. Terima Kasih Dr. Alex...orang arab yang saya layan tuh SB yang ditipu oleh "budak-budak" yang ada disekeliling tuh...salah ker saya bantu beritahu maklumat ceramah tuh? Apa pandangan pihak keselamatan bila ceramah tuh dikatakan ceramah anjuran KEDUTAAN? saya perlu betulkan perkara tuh...

    ReplyDelete
  5. Dr Alex nih... saya akan siasat...MARA atau persendirian? malang sungguh kalau anda seorang pelajar "tajaan".Ingat...siapa taja? kalau MARA Al hamdulillah...pemimpin Pakatan pembangkang terutamanya ANWAR IBRAHIM kata, "hak sama rata semua kaum tanpa melihat bangsa melayu,cina india dan lain2".

    Antara hak tersebut adalah BIASISWA persekutuan.Selagi ada MARA ,Melayu untung dapat hantar pelajar cerdik2 macam Dr Alex ke luar negara.

    Agak2lah,kalau Pakatan pembangkang memerintah,MARA macam mana? Akan buat macam sekarang ker? kena fikir tuh...sama rata.....bererti, "bangsa lain" yang jauh lebih cemerlang dapat 8 A dan 10 A jauh lebih patut dihantar.Sebab meritokrasi...Melayu yang pandai kerajaan hantar melalui MARA sebagai pusat melahirkan anak2 melayu yang cemerlang...."bangsa lain" yayasan2 mereka hantar.Ada tuh,DEWAN PERNIAGAAN mereka.Sebab mereka mampu dan menguasai ekonomi sejak masa dijajah."orang kita" masih di bertanam kecil kecilan masa tuh....

    Fikir2kan yer kalau kita nak sokong PEMBANGKANG...dengan izin Allah dan kurnianya,....MARA berjasa kepada kita....

    ReplyDelete